Ucaplah yang indah-indah :)

Makruh bila kita mengucapkan kepada pengantin baru
"semoga bahagia dan banyak anak"
tapi gantikanlah dengan seperti mana Rasulullah SAW bersabda,
"semoga Allah memberkahimu, melimpahkan berkah kepadamu dan menghimpunkan kamu berdua dalam kebaikan." - Imam Turmudzi mengatakan bahawa hadis ini berpredikat hasan sahih.

Al-Adzkaarun Nawawiyyah, Imam Nawawi

Saturday, April 30, 2005 at 10:34 AM

Banyaknya tak tahu...

Rupanya disunatkan bagi seorang menantu untuk tidak bertanya kepada ayah mertua atau saudara ipar lelaki tentang hal-hal hubungan suami isteri...dalam kitab Shahih Bukhari dan Muslim melalui Saidina Ali yang menceritakan :
Aku adalah lelaki yang banyak mengeluarkan madzi, maka aku malu menanyakannya kepada Rasulullah SAW mengingat kedudukan putrinya padaku, lalu aku meminta kepada Al-Miqdad untuk menanyakannya.

Friday, April 29, 2005 at 10:23 AM

Selamat Datang Muhammad Fatih :)

Ummu Fatih, betapa kejauhan membawa pesan yang indah.. Tahniah ya.
Semalam tika menunggu giliran berwuduk (di Taruna Al-Quran) ada bicara yang tiba-tiba..
"Am, cantikkan nama Fatih?"
"Ya lah kak, pemuda ke kemenangan ke atau pembukaan?"
"Akak pun tak pasti."
Perbicaraan terhenti di situ.
Jam 9 setelah baru sejam pulang dari Psantren Taruna Al-Quran, aku mendapat sms darimu,
Kamik dah selamat melahirkan.MUHAMMAD FATIH kirim salam. Sama dengan maulud
Tergamam. Rupanya ini yang mau KAU khabarkan.
Teringat pengorbananmu, USM dan jambatan Pulau Pinang. Kita sama-sama mencapai apa yang kita mahu. :)
Thanks, Yuni.

Tuesday, April 26, 2005 at 11:00 AM

Ya ker?

Bila lelaki benar2 jatuh cinta dan setia pada kekasihnya dgn ikhlas,perubahan sikapnya amat mengejutkan. Hati lelaki yg dianggap keras selama ini, tiba2 secara semulajadi menjadi selembut kapas apabila sudah jatuh cinta dgn relanya. Bahkan lelaki yg mabuk cinta sanggup berkorban dan buat apa sahaja utk kekasihnya.Sekeras manapun hati lelaki ia akan mengalirkan air mata apabila hatinya dilukai. Utk melihat lelaki menangis amatlah payah. Diantara tanda2 lelaki yg jatuh cinta dgn hebat ialah:

1. Dia bersungguh2 melakukan sesuatu utk kekasihnya dgn rela bukan krn terpaksa.
2. Dia sentiasa ingin menghiburkan kekasihnya dan berubah menjadi orang yg kuat bercakap.
3. Dia byk menasihati kekasihnya kerana dia amat menyayangi kekasihnya.
4. Dia berusaha mengongkong kebebasan kekasihnya krn perasaan cemburunya yang meluap2.
5. Dia sentiasa takut kehilangan kekasihnya.
6. Dia sentiasa mengawasi pergerakan kekasihnya krn dia sentiasa berasa curiga.
7. Dia tidak suka ada lelaki lain rapat dgn kekasihnya.
8. Dia mudah merasa cemburu dan sensitif apabila kekasihnya tidak menumpukan sepenuh perhatian kepadanya.
9. Adakalanya dia seperti seorang anak kecil yang meminta perhatian krn dia mahu kekasihnya melayannya lebih dari org lain.
10. Dia menjadi org yg paling rajin dan sanggup membantu kekasihnya melakukan apa saja.
11. Dia pandai merajuk hati krn ingin dipujuk oleh kekasihnya.
12. Dia akan mengalabah apabila kekasihnya berjauhan daripanya terlalu lama.
13. Dia sentiasa mempastikan keselamatan kekasihnya.
14. Dia mementingkan kekasihnya daripada dirinya sendiri.
15. Dia kerap bertanya adakah kekasihnya mencintainya krn dia merasa kasihnya lebih kuat drpd kekasihnya.
16. Dia tidak akan melayan perempuan lain yg tidak ada urusan penting dengannya.
17. Dia cuba meluangkan lebih byk masa dgn kekasihnya walaupun terpaksa menunggu kekasihnya dgn sabar.
18. Dia membanggakan kekasihnya di depan org lain.
19. Kalau ditinggalkan oleh kekasihnya, ia akan berasa serik dan tidak percaya dgn cinta perempuan lain namun dia sentiasa mengharap
kekasihnya kembali kepadanya.
20. Apabila timbul org ketiga, dia akan hilang akal dan sanggup berbuat apa saja untuk merebut kembali kekasihnya.
21. Dia menganggap kekasihnya sebagai org yg paling dipercayainya dan sanggup menyerahkan harta walaupun nyawanya sendiri.
22. Dia tidak akan berlaku curang kepada kekasihnya namun jikalau dia berbuat demikian itu bererti hatinya belum 100 peratus mencintai
kekasihnya.
23. Bukan semua lelaki sanggup menitiskan airmata hanya untuk seorang perempuan.


HARGAILAH..

====================================================

Email dari seorang teman..
Boleh dikatakan 90% tak boleh dipegang
Ini semua kerana nafsu.
andai ada lebih dari 10% benar dari apa yang di atas
rasanya cinta kita tuh...cumalah nafsu semata.
Entahlah, itu yang kurasa.
mmg susah nak mendidik iman.
meski bertatih itu lebih baik dari diam tanpa apa-apa.
Maaf ya...buat dia yang selalu bersabar denganku.
Terima Kasih
:)

Monday, April 11, 2005 at 12:05 PM

Belasungkawa

VATICAN CITY 8 April - Ketua gereja Roman Katolik Pope John Paul II telah disemadikan dalam krip di bawah gereja St. Peter Basilica selepas berlangsungnya upacara pengkebumian selama tiga jam.

====================================

terasa janggal
janggal sekali
ke mana pergi sistem kekhalifahan kita?
sedang mereka punya!
kita? ada apa?
ada apa dengan kita.

Saturday, April 09, 2005 at 12:20 PM

Cintamu & cintaku

membaca Fatima The Gracious
ada yang menyekat di dada
ada yang menyangkal akal
ada yang menguras sangsi
sudah kufahami betapa cintanya mereka kepada Fatimah dan Ali
"kami juga cintakan Fatimah dan Ali
cuma bedanya
kami diajar Rasulullah mencintai tanpa membenci
apatah lagi Khulafa' Ar-Rasyidin
Abu Bakar As-Siddiq
Umar Al-Khatab
Uthman Al-Affan
yang telah dijanji syurga pasti!"


#La tuziqqulubana ba'daizhadaitana wahablana minlladunkarahmah.Innaka antalwahhab..amiin.

Tuesday, April 05, 2005 at 12:13 PM

Mama

Happy Birthday!
Tiada kata menyusun cinta
Tiada hari tanpa merinduimu selalu..
maafkan segala khilafku
redhokan segala perjalananku, ma.

#Teringat doa mama sebelum aku ke sini
"mama tidak mendoakan anak mama dapat belajar di P*******, tapi mama selalu berdoa tempatkanlah anakku di tempat yang terbaik menurutMu" - doamu terlalu benar,ma. r.i.n.d.u

Monday, April 04, 2005 at 12:28 PM

Lagi-lagi Ujian

Pejuangan terakhir untuk Mid Semester bagi sem terakhir
bermula 4-16 April
semoga segala usaha diberkati
segala doa dimakbulkan
segala keinginan menjadi kenyataan..
tamakkah?
bukankah Allah sering makbulkan permintaan hambaNya
dan cinta pada yang meminta-minta dan murka pada yang lain selain Dia...

Sunday, April 03, 2005 at 12:19 PM

Perhitungan...

teringat...
tsunami sehari selepas Krismas
Gempa di Nias sehari selepas Hari Paskah- naiknya Jesus menurut umat kristiani
mmmm...akhir April ada lagi perayaan bagi Kristian...
akan terjadi apakah pada hari itu???

#cuma terfikir...

Saturday, April 02, 2005 at 12:03 PM

Nilai Melayu secara adil: Raja Nazrin

KUALA LUMPUR: Sebarang kelemahan yang dimiliki orang Melayu tidak harus dirumuskan sebagai identiti nasional atau sifat monopoli bangsa Melayu, titah Raja Muda Perak, Raja Dr Nazrin Shah.

Sebaliknya, baginda mahu orang Melayu dinilai secara adil dan bijaksana merangkumi semua aspek – sejarah, politik, masa dan budaya – supaya kekuatan yang ada dapat diperkukuh, manakala segala kelemahan boleh diperbaiki.

Bangsa Melayu, tegas baginda, perlu berwaspada supaya tidak terlalu cepat terperangkap dan begitu mudah mengulangi ungkapan negatif yang merendahkan martabat bangsa sendiri.

“Sedarlah! Apabila sesuatu bangsa memilih untuk merendahkan bangsanya sendiri, akan terbukalah jendela yang memberanikan bangsa lain untuk menghinanya. Lalu bangsa akan dipandang fakir dan adat budayanya bakal tersingkir.

“Apabila kekurangan begitu cepat ditafsirkan sebagai kelemahan, maka padi mula dikatakan lalang, beras pula disangka pasir,” titah baginda dalam ucaptama ‘Bangsa Melayu: Mencanai Minda - Membentuk Sikap’ di Kongres Pendidikan Melayu Kedua di sini semalam.

Raja Nazrin bertitah, hakikatnya budaya Melayu menganjur dan menyanjung sifat rajin. Ungkapan negatif yang terlalu kerap diulang-ulang boleh meracun jalan pemikiran hingga bangsa menjadi keliru.

Maruah bangsa wajib dipertahan dengan menyemai rasa bangga dan menanam semangat yakin kerana jika sesuatu bangsa mula berasa rendah diri, ragu-ragu akan kelebihan nya, bangsa itu akan dihinggapi penyakit lemah semangat, kurang usaha, rendah kedudukannya, hidup dalam suasana melarat, terjajah dan terhina.

Kerana itu, titah baginda, merendah, memperkecil dan memburukkan bangsa dengan ungkapan negatif, bukan kaedah yang sihat dalam hasrat membangunkan bangsa.

“Apabila ada di kalangan segelintir Melayu yang malas, ia tidaklah bermakna budaya Melayu menganjurkan unsur malas hingga diterima sebagai karakter nasional milik bangsa. Hakikatnya budaya Melayu menganjur dan menyanjung sifat rajin, manakala ungkapan `malas’ terdapat juga dalam pelbagai bahasa dan budaya.

“Keyakinan bangsa harus dibina, jiwa dimerdekakan dan diperkaya dengan nilai-nilai positif terutama dalam menghadapi persaingan di peringkat global yang memerlukan individu yang berfikiran terbuka serta memiliki minda yang inovatif, kreatif dan imaginatif,” katanya.

Raja Nazrin juga menekankan pentingnya persekitaran yang menghargai cetusan idea dan mengizinkan percambahan fikiran serta persekitaran yang menghormati orang berilmu sekalipun berbeza pendapat dan berlainan pandangan.

Titah baginda, walaupun tanah air milik Melayu ini telah dimerdekakan, ia tidak membawa erti jika bangsa Melayu masih dibentuk berjiwa abdi serta mindanya dicanai bersifat hamba.

Oleh itu, pemimpin Melayu harus memiliki keberanian dan kekuatan untuk melindungi bangsanya, memiliki wawasan untuk memajukan bangsanya serta arif mencipta ramuan yang dapat memberi kemenangan kepada bangsanya.

“Pemimpin Melayu juga harus bijak mengenal pasti bidang-bidang yang dapat memberi kelebihan kepada bangsanya, serta memperlihatkan keberanian, kekuatan dan ketegasan dalam menghadapi tekanan yang mahu menggugat ketuanan bangsa” titahnya.

Baginda kesal kerana agama Islam, yang berpengaruh dalam membentuk sikap dan mencanai minda bangsa Melayu, disalahguna dan dieksploitasi untuk politik dan tujuan lain yang tidak produktif sedangkan ia perlu diterokai sepenuhnya untuk pembangunan bangsa.

“Malang bagi bangsa apabila agama yang bertujuan menyatukan ummah, kini dipolitikkan dan mula menjadi pencetus kepada perselisihan dan pemisahan umat yang merugikan bangsa Melayu.

“Pendekatan berlandaskan agama perlu diolah dalam dimensi lebih luas dengan pendekatan melalui saluran agama yang perlu dikembangkan dan dilaksanakan secara lebih inovatif dan kreatif.

“Agama Islam mempunyai pengaruh sangat mendalam dalam kehidupan bangsa Melayu serta memiliki kuasa magnetik yang boleh menangkap emosi bangsa, namun kuasa dan kekuatan itu belum diterokai sepenuhnya,” titah baginda.

Raja Nazrin turut menyarankan agar istilah ulama diberikan takrif lebih menyeluruh, merangkumi golongan ilmuan dalam pelbagai disiplin dan dijadikan contoh teladan untuk memberikan inspirasi supaya minda Melayu terbuka lebih luas.

Pada masa yang sama, masjid dan surau yang mempunyai sejarah hubungan dengan kegiatan perkembangan ilmu melalui peranan sekolah pondok, perlu diberikan dimensi baru dan disesuaikan dengan pengajaran ilmu-ilmu kontemporari.

“Kandungan pengajian sekolah pondok memerlukan perekayasaan supaya sekolah itu dapat menjadi tapak semaian minda membantu menghasilkan golongan profesional, teknokrat dan saintis Melayu bagi melangsungkan agenda pendidikan pendidikan sepanjang hayat,” titah baginda.


#Alhamdulillah masih ada raja berjiwa rakyat!

Monday, March 28, 2005 at 2:48 PM

Masrouq reports that Aisha told him:

"We, the Prophet's wives, were gathered around him when Fatima walked towards us; by Allah her walk is exactly the same as that of the Messenger of Allah when he saw her, he greeted her by saying: `Welcome my daughter.' He then asked her to sit to his right or left. He then whispered something to her that caused her to cry; when he saw her sadness, he whispered something else to her which caused her to laugh. (When I saw this) I said to her: `The Messenger of Allah bestowed you with a special secret, yet you cry?'

When the Prophet left I exclaimed: "What did he whisper to you?"

Fatima answered: `I would not announce the secret of the Messenger of Allah!'

After the Prophet's death, I said to her: `I insist on you-by my right over you-to tell me (what he told you)!'

She said: 'Yes, I will tell you now. The first time he whispered to me, he told me that Gabriel used to review the Quran with him once a year, but this year he reviewed it twice. So, he said, I think the time of my departure is near. Therefore, fear Allah and be patient, for I will be a good (person) to proceed you.' Fatima added: `so I cried, as you saw. When he noticed my sadness, he once again said to me: 'Fatima, is it not satisfying to you to be theMistress of believing women (or the Mistress of the women of my Ummah)?"

Saturday, March 26, 2005 at 11:25 AM

Fatima The Gracious

During Khadija's last days, she was confined to bed. One day the Prophet of Allah (S) said to her:
"What you are encountering, is because of us Khadija; when you meet your peers send my Salam to them!"
Khadija questioned: "Who are they; O Prophet of Allah?"
He answered: "Maryam Bint Imran, Kalthum (Musa's sister), and Assia-Pharaoh's wife."
She then said: "May you live in harmony and have sons, O Prophet of Allah."
The Messenger of Allah used to say: "I was commanded to give Khadija the good news of a dwelling in Paradise made of brocade where there is neither clamoring nor strain." [1]
Ibn Al-Athir said that the brocade mentioned in this tradition, is palace-like hallow pearls.
Lady Khadija was once crying in the presence of Asma Bint Umais, who said to her:
"Why are you crying while you are the Mistress of all women, and the Prophet's wife, who will enter Paradise as he has said?"
Khadija replied: "l am not crying (for fear of death), rather, I am crying because every woman needs a close friend on her wedding night to tell her secrets to and help her in certain issues; Fatima is still very young and I am afraid that she will be alone on her wedding night!"
Asma said: "O my mistress, I vow to you, by Allah, that if I am alive then, I will take your place..."

Monday, March 21, 2005 at 2:22 PM

sibuk...sibuk...dan sibuk

Saturday, March 12, 2005 at 2:39 PM

kembali ke yogya...
seminggu sudah berlalu
bersama kuliah dan buku

Monday, February 28, 2005 at 9:24 PM

esok...
sabtu...
29 januari 2005
aku pulang... :)


Friday, January 28, 2005 at 11:24 AM

Aceh Berduka

Sahabat, aku selamat!
Jangan bimbang, Yogya bumi Jawa…
Tsunami hanya di Pulau Sumatera
Terima kasih, atas ingatan kebimbanganmu sahabat…

Sahabat,
Akan ku khabarkan..betapa kebesaran Tuhan
Melenyapkan kerakusan manusia…
Betapa kubertafakur melihat kedhoifan dan kesombonganku…
Bumi Aceh hancur..
Meulaboh, ambruk
Paling dekat dgn pusat Gelombang Tsunami
80% kotanya musnah
diperkira lebih 10000 jiwa mati
Cuma Pulau Semeulu
Belum tahu khabar berita
Semuanya terputus..
Semuanya penuh lumpur2 noda..

Sahabat,
Bayangkan
Gegaran 8’9 selama 5 minit
Menghancurkan kota
Meragut nyawa-nyawa

Bayangkan
Cuma selang beberapa minit
Tsunami datang dengan gelombang air laut
Sejauh kemahuannya
Kota yang ditengah ditengelami air
Ada yg bilang 2meter
Ada yg bilang 2 pohon kelapa
Yang pasti
Semua tenggelam
Yang terselamat yang berlarian
Yang terselamat yang berkejaran
Ke gunung-gunung
Seketika mengingatkan aku kisah Nabi Nuh
(semuanya ada terakam di video seorang wartawan)

Ngeri Sahabat..
Melihat semua dalam kepanikan
Berlari keseluruh penjuru alam
Tanpa sedetik terlupa menyebut nama Tuhan
Ya Allah
Astagfirullah
MasyaAllah
SubhanAllah
Tak terbayangkan

Sahabat,
Kemudian, mayat bergelimpangan
Ramai yang mati dari yang menolong
Ada yang telanjang tersadai di pohon
Ada yang tanpa pakaian tersadai di dawai listrik
Ada yang terapung, biru dan kembung

Sahabat,
Ramai yang hilang dan mayat masih bergelimpangan
Ramai kehilangan
Orang-orang yang belum sempat diucapkan sayang
Segalanya berantakan
Sungguh!
Terlalu pilu untuk digambarkan
Semua penuh dengan tangisan
Tangisan
Tangisan
Tangisan..

Dan aku sahabat
Tidak bisa diam tanpa berkata
Tidak bisa tuli tanpa mendengar
Tidak bisa melihat tanpa airmata
Tidak bisa berfikir tanpa hikmah

Sahabat,
Betapa kurasakan
Ada sesuatu yang mau disampaikan
Sedatar-datar kota hancur
Masih tertegak utuh rumahNya
Di mana-mana..utuh
Di situ aku akui kebesaranNya!
SubhanAllah…

Terlalu banyak hikmahnya…
Mau kulaungkan biar terdengar jauh
Betapa besar Kebesaran TUHAN!
Betapa dhoif kita di depanNya
Betapa sombong kita dengan pinjamanNya

SubhanAllah…

(cubalah cari ttg Masjid Baitul Rahman..yang masih utuh dalam puing2 runtuhan )




Wednesday, December 29, 2004 at 7:03 PM

hidup dan mati
kemanisan yang dirasai
dengan cinta Ilahi...


Thursday, December 02, 2004 at 2:57 PM

kuliah dah bermula...setelah 2 minggu cuti raya...
mmm...final exam for this sem...start 30/12
ramai lak jemputan kawan2 sekelas kawin..
kuhidu dari jauh jer nasi minyak kwn2...tq unt undangannya...
Tahniah!


Monday, November 22, 2004 at 4:32 PM

Selamat Hari Raya Idul Fitri
Maaf Zahir Batin
:)

2004 ...kali ketiga sendiri berhari raya
terkenang betapa indahnya kebersamaan
ini adalah sebuah perlatihan
kerna tahun2 kedepan
aku masih sendiri lagi...
terbayang nasi dagang mama..walaupun dulu aku tak suka..
kadang2 kejauhan mengajar erti cinta dan menghargai.
ku tahu nun jauh di desa ada seberkas rindu buat diri.
(InsyaAllah..bila dah start tahun2 praktikal, dah tak leh fikir cuti raya...uwaaa..ihiks..)


Sunday, November 14, 2004 at 5:45 PM

13 November 1974, dunia sekan dihentikan sejenak
Di podium PBB berdiri seorang lelaki
Dengan kain serban kotak-kotak hitam putih di kepala
Dengan pistol yang tersisip di sisi pinggangnya
Dengan tangan yang memegang sepotong ranting
Dan, mulalah dia berbicara

“Hari ini, saya datang di sini membawa sepotong ranting zaitun dan sepucuk senjata perjuangan kebebasan. Jangan biarkan ranting zaitun ini terlepas dari tangan saya”

Pernah kerap kali dulu kau dituding Terroris Dunia
Kerana amarahmu pada ketidaktimbangadilan dunia pada bangsamu
Kerana kebosananmu pada kebodohsombongan jazirah arab~saudara-saudaramu
Namun masa dan keadaan juga mengadilimu
kau penerima hadiah Nobel Perdamaian 1994

Pengalaman 1973, Perang Yom Kippir
Kekalahan Mesir dan Syria pada tentera Israel
Mengajarmu
Pertelingkahan ini tidak bisa diteruskan dengan persenjataan
Maka kau pilih jalan perdamaian melalui perundingan
Lalu kau menjadi Roh Perjuangan Palestin
Persis seperti majalah yang kau sunting di Universiti Cairo di zaman mahasiswamu
Voice Of Palestin

Kini, di puncak Bukit Yudea yang didirikan oleh seorang tukang besi, Rashed Haddad abad ke 16
Ranting zaitun ditanam
Semoga harapan seorang pejuang bersemi
Dan perdamaian berbunga
di perkebunan Palestin

Kaulah Yasser Abdul Rahman Abdul Ra`ouf Arafat Qudwa Al-Husseini
Yang dulu tak pernah kucuba untuk kenali…

Rupanya kita punya kesamaan
Berkongsi bintang yang sama.

Telah pergi seorang lelaki berjiwa berani
Datanglah jiwa-jiwa yang sama seribu lagi
Semoga rohmu dicucuri rahmat…amin.


Thursday, November 11, 2004 at 6:02 PM