6 bungkus jelly & 5 bungkus pop ice

6 bungkus jelly dan 5 bungkus pop ice masih di situ. Tanpa disentuh sesiapa. 2 hari sebelum berangkat dari Yogya, aku ke Gading Mas membeli semuanya itu. Ada perisa lychee, melon, guava, manggo, avocado dan ada yang tanpa perisa. Segalanya dengan niat bakal kuhidangkan khas buat tetamu yang pernah merungut tak pernah merasa jelly yang aku buat. Meski cuma jelly. Rasa dihargai. Selalunya jelly kucampurkan dengan buah-buahan yang kebetulan ada. tak kira betik atau apa. Tapi kini telah kupersiapkan segala-setin buah-buahan. Setiap hujung minggu-jumaat dan sabtu, aku termanggu di birai pintu sambil menunggu tetamu. Meski belum bertemu, jelly masih ada di situ hingga lupus waktu...

Monday, July 25, 2005 at 12:30 AM

Penghambaan...

kekuatan lahir dari keyakinan
anugerah dari kasih sayang Tuhan
pada hambaNya yang dalam pengabdian

Saturday, July 23, 2005 at 11:54 PM

3 minggu

Di Malaysia...

at 12:48 AM