2 tahun berlalu sudah..

2 tahun berlalu sudah
mengenal hati budi
merendahkan iri peribadi

2 tahun berlalu sudah
bertatih tingkah saksama
belajar mengayam sabar
mengenal aksara maaf
membaca setiap rasa
terdidik menjadi dewasa

2 tahun berlalu sudah
segala yang belum terlunas
dengan kata yang belum terlafaz

2 tahun berlalu sudah
2 tahun yang bakal berubah
semoga kita tetap di situ
dengan segala rasa menyatu

=========================

Terima kasih :)

Friday, May 20, 2005 at 10:42 AM

Perginya seorang Dharmawijaya

Dharmawijaya ketengahkan kisah kampung ke bandar
Oleh NAZERI NONG SAMAH (WARTAWAN UTUSAN) 22 April 2005
BAGI penggemar dunia kesusasteraan nasional sudah tentu amat mengenali kehebatan dan kemasyhuran sasterawan Dharmawijaya atau nama penuhnya Kamaruzzaman A. Kadir yang diakui sehingga ke rantau ASEAN.
Puisi Kampung Talang bertemakan kecintaan sejati terhadap kampung kelahiran karya Dharmawijaya terus hidup segar dalam jiwa dan pemikiran para pelajar sekolah menengah yang pernah mengambil mata pelajaran Kesusasteraan Melayu dengan menggunakan teks antologi puisi Di Penjuru Matamu bagi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun 1970-an.
Malah Dharmawijaya, 68, juga adalah antara penerima Anugerah Penulis Asia Tenggara (SEA Write Award) 1993 sebagai pengiktirafan berprestij terhadap perjuangannya dalam bidang kesusasteraan yang berkualiti.
Namun bak kata pepatah: ``Gajah mati meninggalkan tulang, harimau mati meninggalkan belang dan manusia mati meninggalkan nama,'' maka begitulah halnya dengan Allahyarham Dharmawijaya yang meninggal dunia semalam.
Dharmawijaya menghembuskan nafas terakhir akibat sakit kanser paru-paru di Hospital Seremban, kemudian dibawa pulang ke kediamannya di Taman Rashidah Utama, Senawang sebelum disemadikan di tanah perkuburan Islam Makam Haji Said, Seremban semalam.
Seorang rakannya, bekas pensyarah Universiti Putra Malaysia (UPM), budayawan dan pe-nulis sastera, Aripin Said menyifatkan bahawa kematian Dharmawijaya juga mengakibatkan dunia kesusasteraan tanah air kehilangan seorang pejuang sastera yang berilmu dan gigih berkarya sehingga ke akhir hayat.
``Kelebihan Dharmawijaya ialah keupayaannya membawa sawah ladang ke tengah kota dengan warna-warna indah kampung halaman menerusi puisi-puisinya, terutama puisi Kampung Talang yang amat dikenali oleh para penggemar karya sastera tanah air,'' katanya.
Menurut Aripin, pemergian Dharmawijaya juga ibarat ungkapan: ``Jasad berkubur, budi bertabur'' yang pernah disebut orang kepada Seniman Agung Allahyarham Tan Sri P. Ramlee sebelum ini.
Betapa tidak, budi Dharmawijaya bukan sedikit sebagai pendidik berdedikasi kepada anak bangsa dan jawatan terakhirnya ialah sebagai pensyarah tamu di UPM.
Dharmawijaya lahir di Kampung Talang, Negeri Sembilan pada 23 Jun 1937 itu pernah menjadi guru Bahasa dan Kesusasteraan Melayu selama 20 tahun di beberapa buah sekolah menengah, sebelum bertugas sebagai pensyarah sambilan Kebudayaan dan Kesusasteraan Melayu di Pusat Latihan Daerah (1966-1968) di Negeri Sembilan.
Seterusnya bertugas sebagai penyelidik sastera di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Kuala Lumpur (1971-1973) diikuti sebagai editor, penyunting serta penilai manuskrip dan buku.
Di samping itu beliau pernah menjadi penulis skrip dan pantun untuk rancangan Dondang Sayang di TV1 RTM (1971-1973), selain aktif menjelajah ke seluruh tanah air menyampaikan ceramah penulisan kreatif, khususnya dalam genre puisi untuk sekolah mahupun persatuan-persatuan penulis negeri.
Dharmawijaya juga pernah bertugas sebagai Pensyarah dan Prof. Madya Jabatan Pengajian Melayu, Universiti Malaya, Kuala Lumpur (1980-1994) sebelum berpindah ke Fakulti Pengajian Bahasa Moden, UPM.
Dharmawijaya menghasilkan sekitar 30 buah buku ilmiah termasuk 15 buah buku kreatif yang terkenal antaranya ialah Warna Maya (1974), Di Penjuru Matamu (1975), Nasionalisme Dalam Puisi Melayu Moden 1933-1957 (1982), Lagu Kehidupan (1983), Bintang Mengerdip (1984), Bunga Gerimis (1986), Derita Buana (1992) dan Gurindam Alam (1994).
Anugerah yang pernah diterima oleh Dharmawijaya ialah Hadiah Sastera Malaysia genre puisi tahun 1971, 1976, 1982/83, Hadiah Sastera Malaysia bahagian buku 1982/83 dan Anugerah Penulis Asia Tenggara (SEA Write Award) 1993.


======================

2 minggu lepas abah ada bagitau tentang berita lelayu ini
cuma hari nih sempat kucari berita tentangnya
turut berdukacita...
teringat sepanjang 1996-2004, aku akan menemuinya ...pasti di bulan ogos :)
sering aku dihakiminya.
nostalgia 2003
"Awak buat apa di sini?" sapa allahyarham
"Saya....(memberi jawaban). Saya...(berusaha mengenalkan diri)"
"Saya kenal" aku tersipu malu.
Alangkah mengebu hati bila disapa oleh seorang yang besar namanya sedang aku siapa?
nostalgia tetap di situ...tanpa diusik, berdebu.
kutitip Al-Fatihah dari seorang anak kepada seoarang bapa.
Semoga rohmu dicucuri rahmat.Amin.

Thursday, May 19, 2005 at 6:06 PM

An Nuur : 35

Allah (pemberi) cahaya (kepada) langit dan bumi. Perumpamaan cahaya Allah, adalah seperti sebuah lubang yang tidak tembus, yang di dalamnya ada pelita besar. Pelita itu di dalam kaca (dan) kaca itu seakan-akan bintang (yang bercahaya) seperti mutiara, yang dinyalakan dengan minyak dari pohon yang banyak berkahnya, (iaitu) pohon zaitun yang tumbuh tidak di sebelah timur (sesuatu) dan tidak pula di sebelah barat(nya), yang minyaknya (saja) hampir-hampir menerangi, walaupun tidak disentuh api. Cahaya di atas cahaya (berlapis-lapis), Allah membimbing kepada cahayaNya siapa yang Dia kehendaki, dan Allah memperbuat perumpamaan-perumpamaan bagi manusia, dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu.

=========================
kita selalu menyebut-nyebut ttg khatam membaca al-quran
tp pernah kita tidak menyebut-nyebut khatam membaca tafsir dan memahami seluruhnya...?

Monday, May 09, 2005 at 10:03 AM

Kasihi mereka!

Nabi SAW melihat seorang lelaki bersama seorang anak, lalu beliau SAW bertanya kepada si anak, "Siapakah orang ini?" Si anak menjawab, "Ayahku". Nabi SAW bersabda, "Janganlah engkau berjalan di mukanya, jangan melakukan hal yang menyebabkan dia mencacimu, jangan duduk sebelumnya dan jangan memanggil namanya."

Kitab Ibnu Sinni melalui Ubaidillah Ibnu Zahar r.a yang mengatakan, "Termasuk menyakiti orang tua ialah bila engkau memanggil namanya dan berjalan di depannya."

Ya Allah, permudahkanlah segala urusanku di sini untuk segera kuberbakti kepada keduanya. amin.

Monday, May 02, 2005 at 11:14 AM

Sebelum Anda Mengambil Keputusan Besar itu, H.M Anis Matta

"Jangan pernah bermimpi mencari pasangan yang ideal, tapi carilah pasangan yang tepat. Kita tidak sedang berfikir mencari isteri atau suami yang unggul. Carilah yang tepat dengan bingkai kita, dengan keperibadian kita sebab ternyata tidak semua orang yang cerdas membutuhkan (memerlukan) orang cerdas lain, tidak semua orang gagah membutuhkan wanita cantik."

Buat Nazuha, jaga kesihatan ya :) Anugerah yang terindah bisikanlah dengan ucapan cinta seorang ibu kepada buah hatimu. Intel97 bakal tambah anak saudara lagi..hihihi.Alhamdulillah :)

at 10:50 AM

Lapaq Gulai Rebung :D

Untuk anak bongsu Hj Talib (Cik Wa ..Siti Salwa Hj Talib. Dok teringat strawberry tea :) )dan anak sulung Orang Bukit Mertajam,
Selamat bertunang dan bila intel97 nak makan nasi kenduri?..hihihi. Orang Yogya balik bulan Julai. Lapaq ni nasik gulai rebung :)

Sunday, May 01, 2005 at 11:29 AM

Ucaplah yang indah-indah :)

Makruh bila kita mengucapkan kepada pengantin baru
"semoga bahagia dan banyak anak"
tapi gantikanlah dengan seperti mana Rasulullah SAW bersabda,
"semoga Allah memberkahimu, melimpahkan berkah kepadamu dan menghimpunkan kamu berdua dalam kebaikan." - Imam Turmudzi mengatakan bahawa hadis ini berpredikat hasan sahih.

Al-Adzkaarun Nawawiyyah, Imam Nawawi

Saturday, April 30, 2005 at 10:34 AM

Banyaknya tak tahu...

Rupanya disunatkan bagi seorang menantu untuk tidak bertanya kepada ayah mertua atau saudara ipar lelaki tentang hal-hal hubungan suami isteri...dalam kitab Shahih Bukhari dan Muslim melalui Saidina Ali yang menceritakan :
Aku adalah lelaki yang banyak mengeluarkan madzi, maka aku malu menanyakannya kepada Rasulullah SAW mengingat kedudukan putrinya padaku, lalu aku meminta kepada Al-Miqdad untuk menanyakannya.

Friday, April 29, 2005 at 10:23 AM

Selamat Datang Muhammad Fatih :)

Ummu Fatih, betapa kejauhan membawa pesan yang indah.. Tahniah ya.
Semalam tika menunggu giliran berwuduk (di Taruna Al-Quran) ada bicara yang tiba-tiba..
"Am, cantikkan nama Fatih?"
"Ya lah kak, pemuda ke kemenangan ke atau pembukaan?"
"Akak pun tak pasti."
Perbicaraan terhenti di situ.
Jam 9 setelah baru sejam pulang dari Psantren Taruna Al-Quran, aku mendapat sms darimu,
Kamik dah selamat melahirkan.MUHAMMAD FATIH kirim salam. Sama dengan maulud
Tergamam. Rupanya ini yang mau KAU khabarkan.
Teringat pengorbananmu, USM dan jambatan Pulau Pinang. Kita sama-sama mencapai apa yang kita mahu. :)
Thanks, Yuni.

Tuesday, April 26, 2005 at 11:00 AM

Ya ker?

Bila lelaki benar2 jatuh cinta dan setia pada kekasihnya dgn ikhlas,perubahan sikapnya amat mengejutkan. Hati lelaki yg dianggap keras selama ini, tiba2 secara semulajadi menjadi selembut kapas apabila sudah jatuh cinta dgn relanya. Bahkan lelaki yg mabuk cinta sanggup berkorban dan buat apa sahaja utk kekasihnya.Sekeras manapun hati lelaki ia akan mengalirkan air mata apabila hatinya dilukai. Utk melihat lelaki menangis amatlah payah. Diantara tanda2 lelaki yg jatuh cinta dgn hebat ialah:

1. Dia bersungguh2 melakukan sesuatu utk kekasihnya dgn rela bukan krn terpaksa.
2. Dia sentiasa ingin menghiburkan kekasihnya dan berubah menjadi orang yg kuat bercakap.
3. Dia byk menasihati kekasihnya kerana dia amat menyayangi kekasihnya.
4. Dia berusaha mengongkong kebebasan kekasihnya krn perasaan cemburunya yang meluap2.
5. Dia sentiasa takut kehilangan kekasihnya.
6. Dia sentiasa mengawasi pergerakan kekasihnya krn dia sentiasa berasa curiga.
7. Dia tidak suka ada lelaki lain rapat dgn kekasihnya.
8. Dia mudah merasa cemburu dan sensitif apabila kekasihnya tidak menumpukan sepenuh perhatian kepadanya.
9. Adakalanya dia seperti seorang anak kecil yang meminta perhatian krn dia mahu kekasihnya melayannya lebih dari org lain.
10. Dia menjadi org yg paling rajin dan sanggup membantu kekasihnya melakukan apa saja.
11. Dia pandai merajuk hati krn ingin dipujuk oleh kekasihnya.
12. Dia akan mengalabah apabila kekasihnya berjauhan daripanya terlalu lama.
13. Dia sentiasa mempastikan keselamatan kekasihnya.
14. Dia mementingkan kekasihnya daripada dirinya sendiri.
15. Dia kerap bertanya adakah kekasihnya mencintainya krn dia merasa kasihnya lebih kuat drpd kekasihnya.
16. Dia tidak akan melayan perempuan lain yg tidak ada urusan penting dengannya.
17. Dia cuba meluangkan lebih byk masa dgn kekasihnya walaupun terpaksa menunggu kekasihnya dgn sabar.
18. Dia membanggakan kekasihnya di depan org lain.
19. Kalau ditinggalkan oleh kekasihnya, ia akan berasa serik dan tidak percaya dgn cinta perempuan lain namun dia sentiasa mengharap
kekasihnya kembali kepadanya.
20. Apabila timbul org ketiga, dia akan hilang akal dan sanggup berbuat apa saja untuk merebut kembali kekasihnya.
21. Dia menganggap kekasihnya sebagai org yg paling dipercayainya dan sanggup menyerahkan harta walaupun nyawanya sendiri.
22. Dia tidak akan berlaku curang kepada kekasihnya namun jikalau dia berbuat demikian itu bererti hatinya belum 100 peratus mencintai
kekasihnya.
23. Bukan semua lelaki sanggup menitiskan airmata hanya untuk seorang perempuan.


HARGAILAH..

====================================================

Email dari seorang teman..
Boleh dikatakan 90% tak boleh dipegang
Ini semua kerana nafsu.
andai ada lebih dari 10% benar dari apa yang di atas
rasanya cinta kita tuh...cumalah nafsu semata.
Entahlah, itu yang kurasa.
mmg susah nak mendidik iman.
meski bertatih itu lebih baik dari diam tanpa apa-apa.
Maaf ya...buat dia yang selalu bersabar denganku.
Terima Kasih
:)

Monday, April 11, 2005 at 12:05 PM

Belasungkawa

VATICAN CITY 8 April - Ketua gereja Roman Katolik Pope John Paul II telah disemadikan dalam krip di bawah gereja St. Peter Basilica selepas berlangsungnya upacara pengkebumian selama tiga jam.

====================================

terasa janggal
janggal sekali
ke mana pergi sistem kekhalifahan kita?
sedang mereka punya!
kita? ada apa?
ada apa dengan kita.

Saturday, April 09, 2005 at 12:20 PM

Cintamu & cintaku

membaca Fatima The Gracious
ada yang menyekat di dada
ada yang menyangkal akal
ada yang menguras sangsi
sudah kufahami betapa cintanya mereka kepada Fatimah dan Ali
"kami juga cintakan Fatimah dan Ali
cuma bedanya
kami diajar Rasulullah mencintai tanpa membenci
apatah lagi Khulafa' Ar-Rasyidin
Abu Bakar As-Siddiq
Umar Al-Khatab
Uthman Al-Affan
yang telah dijanji syurga pasti!"


#La tuziqqulubana ba'daizhadaitana wahablana minlladunkarahmah.Innaka antalwahhab..amiin.

Tuesday, April 05, 2005 at 12:13 PM

Mama

Happy Birthday!
Tiada kata menyusun cinta
Tiada hari tanpa merinduimu selalu..
maafkan segala khilafku
redhokan segala perjalananku, ma.

#Teringat doa mama sebelum aku ke sini
"mama tidak mendoakan anak mama dapat belajar di P*******, tapi mama selalu berdoa tempatkanlah anakku di tempat yang terbaik menurutMu" - doamu terlalu benar,ma. r.i.n.d.u

Monday, April 04, 2005 at 12:28 PM

Lagi-lagi Ujian

Pejuangan terakhir untuk Mid Semester bagi sem terakhir
bermula 4-16 April
semoga segala usaha diberkati
segala doa dimakbulkan
segala keinginan menjadi kenyataan..
tamakkah?
bukankah Allah sering makbulkan permintaan hambaNya
dan cinta pada yang meminta-minta dan murka pada yang lain selain Dia...

Sunday, April 03, 2005 at 12:19 PM

Perhitungan...

teringat...
tsunami sehari selepas Krismas
Gempa di Nias sehari selepas Hari Paskah- naiknya Jesus menurut umat kristiani
mmmm...akhir April ada lagi perayaan bagi Kristian...
akan terjadi apakah pada hari itu???

#cuma terfikir...

Saturday, April 02, 2005 at 12:03 PM

Nilai Melayu secara adil: Raja Nazrin

KUALA LUMPUR: Sebarang kelemahan yang dimiliki orang Melayu tidak harus dirumuskan sebagai identiti nasional atau sifat monopoli bangsa Melayu, titah Raja Muda Perak, Raja Dr Nazrin Shah.

Sebaliknya, baginda mahu orang Melayu dinilai secara adil dan bijaksana merangkumi semua aspek – sejarah, politik, masa dan budaya – supaya kekuatan yang ada dapat diperkukuh, manakala segala kelemahan boleh diperbaiki.

Bangsa Melayu, tegas baginda, perlu berwaspada supaya tidak terlalu cepat terperangkap dan begitu mudah mengulangi ungkapan negatif yang merendahkan martabat bangsa sendiri.

“Sedarlah! Apabila sesuatu bangsa memilih untuk merendahkan bangsanya sendiri, akan terbukalah jendela yang memberanikan bangsa lain untuk menghinanya. Lalu bangsa akan dipandang fakir dan adat budayanya bakal tersingkir.

“Apabila kekurangan begitu cepat ditafsirkan sebagai kelemahan, maka padi mula dikatakan lalang, beras pula disangka pasir,” titah baginda dalam ucaptama ‘Bangsa Melayu: Mencanai Minda - Membentuk Sikap’ di Kongres Pendidikan Melayu Kedua di sini semalam.

Raja Nazrin bertitah, hakikatnya budaya Melayu menganjur dan menyanjung sifat rajin. Ungkapan negatif yang terlalu kerap diulang-ulang boleh meracun jalan pemikiran hingga bangsa menjadi keliru.

Maruah bangsa wajib dipertahan dengan menyemai rasa bangga dan menanam semangat yakin kerana jika sesuatu bangsa mula berasa rendah diri, ragu-ragu akan kelebihan nya, bangsa itu akan dihinggapi penyakit lemah semangat, kurang usaha, rendah kedudukannya, hidup dalam suasana melarat, terjajah dan terhina.

Kerana itu, titah baginda, merendah, memperkecil dan memburukkan bangsa dengan ungkapan negatif, bukan kaedah yang sihat dalam hasrat membangunkan bangsa.

“Apabila ada di kalangan segelintir Melayu yang malas, ia tidaklah bermakna budaya Melayu menganjurkan unsur malas hingga diterima sebagai karakter nasional milik bangsa. Hakikatnya budaya Melayu menganjur dan menyanjung sifat rajin, manakala ungkapan `malas’ terdapat juga dalam pelbagai bahasa dan budaya.

“Keyakinan bangsa harus dibina, jiwa dimerdekakan dan diperkaya dengan nilai-nilai positif terutama dalam menghadapi persaingan di peringkat global yang memerlukan individu yang berfikiran terbuka serta memiliki minda yang inovatif, kreatif dan imaginatif,” katanya.

Raja Nazrin juga menekankan pentingnya persekitaran yang menghargai cetusan idea dan mengizinkan percambahan fikiran serta persekitaran yang menghormati orang berilmu sekalipun berbeza pendapat dan berlainan pandangan.

Titah baginda, walaupun tanah air milik Melayu ini telah dimerdekakan, ia tidak membawa erti jika bangsa Melayu masih dibentuk berjiwa abdi serta mindanya dicanai bersifat hamba.

Oleh itu, pemimpin Melayu harus memiliki keberanian dan kekuatan untuk melindungi bangsanya, memiliki wawasan untuk memajukan bangsanya serta arif mencipta ramuan yang dapat memberi kemenangan kepada bangsanya.

“Pemimpin Melayu juga harus bijak mengenal pasti bidang-bidang yang dapat memberi kelebihan kepada bangsanya, serta memperlihatkan keberanian, kekuatan dan ketegasan dalam menghadapi tekanan yang mahu menggugat ketuanan bangsa” titahnya.

Baginda kesal kerana agama Islam, yang berpengaruh dalam membentuk sikap dan mencanai minda bangsa Melayu, disalahguna dan dieksploitasi untuk politik dan tujuan lain yang tidak produktif sedangkan ia perlu diterokai sepenuhnya untuk pembangunan bangsa.

“Malang bagi bangsa apabila agama yang bertujuan menyatukan ummah, kini dipolitikkan dan mula menjadi pencetus kepada perselisihan dan pemisahan umat yang merugikan bangsa Melayu.

“Pendekatan berlandaskan agama perlu diolah dalam dimensi lebih luas dengan pendekatan melalui saluran agama yang perlu dikembangkan dan dilaksanakan secara lebih inovatif dan kreatif.

“Agama Islam mempunyai pengaruh sangat mendalam dalam kehidupan bangsa Melayu serta memiliki kuasa magnetik yang boleh menangkap emosi bangsa, namun kuasa dan kekuatan itu belum diterokai sepenuhnya,” titah baginda.

Raja Nazrin turut menyarankan agar istilah ulama diberikan takrif lebih menyeluruh, merangkumi golongan ilmuan dalam pelbagai disiplin dan dijadikan contoh teladan untuk memberikan inspirasi supaya minda Melayu terbuka lebih luas.

Pada masa yang sama, masjid dan surau yang mempunyai sejarah hubungan dengan kegiatan perkembangan ilmu melalui peranan sekolah pondok, perlu diberikan dimensi baru dan disesuaikan dengan pengajaran ilmu-ilmu kontemporari.

“Kandungan pengajian sekolah pondok memerlukan perekayasaan supaya sekolah itu dapat menjadi tapak semaian minda membantu menghasilkan golongan profesional, teknokrat dan saintis Melayu bagi melangsungkan agenda pendidikan pendidikan sepanjang hayat,” titah baginda.


#Alhamdulillah masih ada raja berjiwa rakyat!

Monday, March 28, 2005 at 2:48 PM

Masrouq reports that Aisha told him:

"We, the Prophet's wives, were gathered around him when Fatima walked towards us; by Allah her walk is exactly the same as that of the Messenger of Allah when he saw her, he greeted her by saying: `Welcome my daughter.' He then asked her to sit to his right or left. He then whispered something to her that caused her to cry; when he saw her sadness, he whispered something else to her which caused her to laugh. (When I saw this) I said to her: `The Messenger of Allah bestowed you with a special secret, yet you cry?'

When the Prophet left I exclaimed: "What did he whisper to you?"

Fatima answered: `I would not announce the secret of the Messenger of Allah!'

After the Prophet's death, I said to her: `I insist on you-by my right over you-to tell me (what he told you)!'

She said: 'Yes, I will tell you now. The first time he whispered to me, he told me that Gabriel used to review the Quran with him once a year, but this year he reviewed it twice. So, he said, I think the time of my departure is near. Therefore, fear Allah and be patient, for I will be a good (person) to proceed you.' Fatima added: `so I cried, as you saw. When he noticed my sadness, he once again said to me: 'Fatima, is it not satisfying to you to be theMistress of believing women (or the Mistress of the women of my Ummah)?"

Saturday, March 26, 2005 at 11:25 AM

Fatima The Gracious

During Khadija's last days, she was confined to bed. One day the Prophet of Allah (S) said to her:
"What you are encountering, is because of us Khadija; when you meet your peers send my Salam to them!"
Khadija questioned: "Who are they; O Prophet of Allah?"
He answered: "Maryam Bint Imran, Kalthum (Musa's sister), and Assia-Pharaoh's wife."
She then said: "May you live in harmony and have sons, O Prophet of Allah."
The Messenger of Allah used to say: "I was commanded to give Khadija the good news of a dwelling in Paradise made of brocade where there is neither clamoring nor strain." [1]
Ibn Al-Athir said that the brocade mentioned in this tradition, is palace-like hallow pearls.
Lady Khadija was once crying in the presence of Asma Bint Umais, who said to her:
"Why are you crying while you are the Mistress of all women, and the Prophet's wife, who will enter Paradise as he has said?"
Khadija replied: "l am not crying (for fear of death), rather, I am crying because every woman needs a close friend on her wedding night to tell her secrets to and help her in certain issues; Fatima is still very young and I am afraid that she will be alone on her wedding night!"
Asma said: "O my mistress, I vow to you, by Allah, that if I am alive then, I will take your place..."

Monday, March 21, 2005 at 2:22 PM

sibuk...sibuk...dan sibuk

Saturday, March 12, 2005 at 2:39 PM

kembali ke yogya...
seminggu sudah berlalu
bersama kuliah dan buku

Monday, February 28, 2005 at 9:24 PM