kerana kasih
memberi dan menerima
terima kasih,beri kasih...

Saturday, May 22, 2004 at 12:41 PM

Selamat Hari Kebangkitan Nasional buat bangsa Indonesia

hampir seratus tahun perjuanganmu
1908, bangkit ideamu bersama sebuah parti nasional Budi Utomo
di Surayabaya bersama pejuang-pejuang kemerdekaan
dan rakyat marhain..
suaramu bergegar membelah langit, gunung dan samudera
dengan semangat nasionalis
kau bangkit dari puing-puing penjajahan
dengan nekad
untuk mengibar panji Indonesia raya
terima kasih, dr Sutomo

buat teman-teman Indonesia ku
hargai kemerdekaanmu...
perjuangan orang tua mu
yang mempertaruhkan darah dan lelah
untuk mu....



Thursday, May 20, 2004 at 1:35 PM

kita sudah lama terdera jiwa raga dan minda
merdekakan segalanya!
biar luka berabad tidak bernanah kembali
biar menjadi parut semoga terus dikenang lagi
biar tak dijajah peribadi dan jati diri

dulu, kita terjajah jiwa raga tapi merdeka minda
kini, kita terjajah minda dan terdera jiwa raga

selamanya, merdekakan segalanya!
merdeka jiwa raga!
merdeka minda!

Tuhan, merdekakan mereka yang kaya harta tapi miskin minda
dan bahagiakan mereka yang kaya minda walau miskin harta
kerana mereka tidak pernah meminta-minta
atau melata-lata di bumi tercinta...


Wednesday, May 19, 2004 at 9:44 PM

dari titik-titik
menjadi sebuah garis
dari garis-garis
menjadi sebuah lukisan
dari lukisan-lukisan
menjadi tafsir dan makna

tafsir dari seni yang terukir
makna dari corengan kepelbagaian warna

itulah kehidupan
terkadang dengan gelap harapan
terkadang dengan cahaya kehidupan



Monday, May 17, 2004 at 10:39 AM