Mak Lang seperti biasa tidak pernah mengsia-siakan pengalaman baru. Dia teruja untuk menunggang unta buat kali pertama. Setelah berunding, harga untuk naik ke unta 20 rial. Tapi suamiku telah memberi `warning’ awal. Benar! 20 riyal itu cuma untuk naik dan bergambar. Jika setapak unta bergerak bererti rialnya juga bertambah… J Mak Lang baru bersiap naik, tiba-tiba unta itu terus berdiri. Nasib baiklah Mak Lang memegang erat pemegang, jika tidak tak tahu lah apa akan jadi. Aku yang turut beria untuk naik jadi tidak berani. Akhirnya mengambil keputusan menjadi pegembalanya sahaja. Aku percaya selepas ini Mak Lang tak mungkin naik unta lagi! (naik unta ni ada tekniknya ya…)
Kemudian, kami berkesempatan ke Masjid Saidina Hussain. Dalam perjalanan, kami ditunjukkan Masjid dan Universiti Al-Azhar. Sebuah universiti terulung di Mesir dan terkenal di dunia. Telah terbina lebih 100 tahun (969 masihi) dan merupakan Universiti kedua tertua setelah Universiti Al-Qarawiyin di Maghribi. Universiti al-Azhar dibina oleh kerajaan Fatimiyyah (909-1171) Universiti ini memiliki fakulti dalam undang-undang islam dan perundangan, nahu Arab, Ilmu Falak, falsafah awal Islam, dan logik. Pada abad ke-12, dengan kejatuhan Dinasti Shia, Fatimi, Sultan Salahuddin (pengasas Dinasti Ayyubid Sunni) menukar Al-Azhar menjadi pusat pembelajaran Sunni Shafie. Beberapa fakulti telah ditambah seperti perubatan, kejuruteraan, pertanian dan fakulti wanita Islam pada tahun 1961, di bawah pemerintahan kerajaan Presiden Mesir ke-2, Presiden gamal Abdel Nasir.
Di Masjid Hussain, ramai orang-orang arab bersama-sama keluarga masing-masing ‘rehlah’ di tepi masjid. Ustaz yang menjadi ‘tourist guard’ kami di Mesir memberitahu kami, inilah cara orang-orang susah di sini bercuti sambil mengunjungi makam Saidina Hussain. Saidina Hussain telah dibunuh di
Di sebelah Masjid Hussain, terdapat ratusan deretan kedai-kedai untuk membeli-belah, Bazar Khan Khalili. Pelbagai barang kraftangan terdapat disitu tapi harus pandai tawar-menawar. Jubah Mesir cantik-cantik dan warna-warni. Sayang, masa di Bazar Khan Khalili terlalu cepat berlalu. Sempat memilih cuma beberapa barang untuk cenderahati.
Selesai di bazar, kami dibawa menaiki bot menyusuri Sungai Nil, sungai terpanjang di dunia.. Sungai yang mempunyai sejarah yang unik. Sewaktu negeri Mesir ditakluki oleh tentera Islam, khalifah Umar r.a. telah melantik Amru bin Al-As sebagai Gabenor di wilayah tersebut. Satu peristiwa ganjil telah berlaku di mana air Sungai Nil berhenti mengalir dan penduduk Mesir harus melakukan satu upacara Jahiliah iaitu dengan mengorbankan seorang gadis yang paling cantik di Mesir ke dalam sungai itu. Ini merupakan amalan tradisi setiap tahun. Tetapi Amru bin Al-As berkeras tidak mahu melakukannya. Apabila air Sungai Nil mulai kering, penduduknya merasa cemas. Sebahagian dari mereka terpaksa berpindah ke kawasan lain. Keadaan ini memaksa Amru Al-As menulis
Petang itu, kami pulang ke hotel dengan jiwa Sungai Nil. Walaupun keletihan namun semangat terus mengalir...