Episod 2 : Perjalanan ke Baitullah dan menziarahi Rasulullah

18 Mac 2010 : Alhamdulillah, setelah 10 jam di dalam perut pesawat dan makan, tidur, makan, tidur untuk beberapa kali, kami pun tiba di destinasi yang dituju. Sekitar jam 10.30 pagi waktu Malaysia atau jam 5.30 pagi waktu Mesir, kami tiba di Lapangan Terbang Mesir yang baru, Terminal 3. Suamiku turut kagum dengan perubahan ini setelah 5 tahun meninggalkan Mesir. Cantik, bersih, ala-ala KLIA pun ada.

Ini iklan HINI di Mesir :)

Setelah semua urusan selesai, kami menaiki bas mini yang cukup untuk kami yang berjumlah 30 orang menuju ke Hotel Europa yang terletak di Jalan Al-Ahram. Mata tidak bisa terlelap dan jika mungkin tidak mahu berkelip, khusyuk memerhatikan suasana dan masyarakat sekeliling.
Aku telah sampai ke bumi para anbiya’!





Setelah istirehat dan makan tengahari, kami menuju ke Kubu Pertahanan Sultan Salahuddin Al-Ayyubi. Kubu yang tersergam indah dengan teknologi pengairan yang canggih. Benteng Salahuddin ini dibangunkan pada tahun 1183 oleh Panglima Salahuddin Al-Ayyubi untuk mengawal Kota Kaherah dari serangan-serangan luar, khususnya semasa perang salib. Di utara kubu tersebut terdapat masjid Muhammad Ali yang dibangunkan dengan arsitektur Turki Uthmaniyyah dengan kubahnya yang indah menjulang 52m ke angkasa dan dua puncak menara denfan ketinggian lebih 84m.
Dari kubu (qol’ah) ini, kami menikmati pemandangan seluruh penjuru Kota Kaherah. Dalam benteng ini terdapat tiga muzium, pertama Muzium Permata (Qashrul Jawharah) yang berisi perhiasan raja-raja Mesir, diantaranya singgahsana Raja Farouk. Kedua, Muzium Militer (Mathaf As Syurthah) yang berisi peralatan tentera, dokumen-dokumen penting semenjak masa pemerintahan Muhammad Ali Pasya hingga kini. Ketiga Muzium Seni Islam (Mathaf Al-Fanni Al Islamiy), dalam mathah ini tersimpan sekitar 50 000 benda seni islam semenjak masa Nabi Saw seperti surat Rasullullah kepada Pemimpin Mesir (Mukaukis) yang mengajaknya untuk memeluk islam.
Kami kemudian ke Masjid Muhammad Ali Pasha yang bersebelahan Kubu Salahuddin Al-Ayyubi. Masjid ini didirikan oleh Raja Muhammad Ali Pasha, pemimpin Mesir moden pada akhir abad ke-19. Ruang masjid ini dibuat dari marmar yang indah. Bentuk luarnya hampir seperti masjid-masjid yang ada di Albania, Yugoslavia dan Turki kerana memiliki kubah yang khas setinggi 52m dan menara yang tinggi melebihi 84m. Makam Raja Muhammad Ali Pasha berada di dalam masjid ini.


Kami meneruskan lagi ziarah kami ke Masjid dan Makam Imam Shafie.
Nama lengkapnya Abu Abdullah bin Idris As-Syafie Al-Mutthalibi Al-Quraisyi. Lahir di Gazza, Palestin pd tahun 150 H, tempat wafat Hasyim ninda Rasulullah SAW. Ketika masih anak2, ayahnya meninggal dunia. Ia diasuh oleh ibunya. Kehidupannya sangat sulit. Ketika berumur 2 tahun dibawa ke Makkah dan belajar di sana. Dia rajin belajar dan cerdas.
Semua ilmu yg diperolehnya dicatatnya pada tulang2 hingga penuh satu ruangan. Umur 7 tahun telah hafal Al-Quran, umur 10 tahun hafal kitab Hadith "Al-Muwathta" karangan Imam Malik, dan umur 15 tahun telah diizinkan memberi fatwa.
Di antara gurunya di Makkah, Soufyan bin Uyainah dan mufti Muslim bin Khalid Az-Zanji. Umur 20 tahun pindah ke Madinah, memperdalam ilmunya dengan belajar kepada Imam Malik. Kemudian berangkat ke Iraq, menemui sahabat2 Abu Hanifah dan mengambil ilmu dari mereka. Mengadakan perjalanan ke Parsi, Iraq bahagian Utara dan berbagai negara. Setelah 2 tahun mengembara, menetap di Madinah selama 2 tahun. Dari perjalanan ini, ilmu pengetahuan dan pengalamannya bertambah terutama mengenai masalah kehidupan dan tabiat manusia.
Pd 195 H, pindah ke Baghdad, mengajar dan mengarang beberapa kitab. Selama 2 thn di situ, ramai orang berpindah mazhab kepadanya. Pendapatnya selama di Baghdad dinamakan dengan "Qaul Qadim" (pendapat lama). Kemudian pindah ke Makkah dan sesudah 2 thn di situ, pd tahun 198 H, kembali menetap di Baghdad, kemudian ke Mesir dan memperdalam ilmunya di perguruan tinggi Al-Azhar, Kaherah. Pendapat dan fatwanya selama di Mesir dinamakan "Qaul Jadid" (pendapat baru).
Syafie adalah seorang imam mutjahid yg banyak diikuti alim ulama, Wali yg soleh, seorang suku Qiraisy yg amat dalam ilmu pengetahuannya, terutama mengenai hadith.
Dialah yg dimaksudkan Rasulullah SAW dgn sabdanya, "Dialah orang alim dari suku Quraisy yang ilmunya memenuhi seluruh tingkatan bumi".
Ia pernah melihat Nabi SAW dan beliau memberinya sebuah neraca. Peristiwa itu ditafsirkan orang bahawa mazhabnya adalah paling adil di antara semua mazhab, dan lebih sesuai dgn sunnah.
Imam Ahmad menyatakan bahawa Syafie membahagi malam itu kepada 3 bahagian: sepertiga utk solat (ibadah) sepertiga utk ilmu dan sepertiga utk tidur. Dalam sehari semalam membaca Al-Quran satu khatam dan pada bulan Ramadan dua khatam. Semuanya itu dibacanya dalam solat. Syafie pernah berkata "Aku tidak pernah makan kenyang sejak berumur 16 tahun, kerana banyak makan itu akan memberatkan badan, mengeraskan hati, mengurangi kecerdasa, menumpulkan otak, membawa kepada tidur dan melemahkan kemahuan utk beribadah. Aku tidak pernah bersumpah seumur hidup, baik utk kebenaran mahupun tidak".
Beliau wafat pada waktu Asar, hari jumaat bulan Rejab 204 H, dan dikebukikan di Qarafah. Beberapa tahun kemudian orang ingin hendak memindahkan jenazahnya ke Baghdad. Tetapi ketika kuburannya dibongkar, terciumlah bau yg harum dari dalamnya, sehingga pemindahan jenazahnya itu dibatalkan.

Anwar Sadat merupakan Presiden Mesir ke-2 dari 1970 sehingga 1981. Anwar Sadat terbabit dalam rampasan kuasa dalam Revolusi 1952 yang menggulingkan raja terakhir Mesir, Raja Farouk.
Selepas Perang Enam Hari 1967, ekonomi Mesir menderita teruk. Pada 6 Oktober 1973, Perang Oktober dilancarkan terhadap Israel. Pasukan tentera Mesir berjaya masuk hingga 15 km ke dalam Semenanjung Sinai. Perjanjian dibuat antara Amerika, Rusia dan Mesir agar mematuhi arahan gencatan senjata pada 24 Oktober 1973.
Pada tahun 1978, terhasillah Perjanjian Kem David. Perjanjian ini dianggap penamat kepada Perang Arab-Israel 1948. (Walaupun pada hakikatnya, jika kita tengok hari ni, ialah permulaan kepada pemimpin negara-negara Arab mengikut telunjuk Yahudi - mengambil penasihat dari APCO juga barangkali, pemimpin-pemimpin negara islam, seperti mana negara kita). Bagaimanapun tindakan ini ditentang hebat oleh dunia Islam dan dunia Arab terutamanya kumpulan radikal Muslim. Tindakan Anwar Sadat dilihat sebagai pembelot kepada perpaduan Arab.(Padahal Arab tidak pernah bersatu pun - buktinya tiada negara arab pun membantu Mesir dalam merampas kembali Semenanjung Sinai). Ramai yang percaya bahawa hanya ancaman ketenteraan dapat memaksa Israel berunding mengenai Palestin, (ternyata, ia teramat benar dengan senario yang kita lihat di bumi Palestin hari ini).
Banyak tunjuk perasaan diadakan oleh puak penentang terhadap rasuah Anwar dan keluarganya. Siri 'Rusuhan Roti' diadakan bagi menentang liberalisasi dan ketiadaan kawalan harga makanan hingga harga makanan naik mendadak (Malaysia bila nak buat rusuhan beras?). Banyak kelab malam menjadi sasaran puak radikal Islam. Pada September 1981, Anwar Sadat mengenakan tindakan terhadap pertubuhan Islam (baca: macam mengajar masjid kena ada tauliah? ISA?), termasuk kumpulan pelajar (AUKU pun mungkin ditiru dari Mesir..hihi), dan organisasi Coptic, dengan membuat hampir 1600 tangkapan menyebabkan dia dikecam di seluruh dunia di atas tindakannya.
Pada 6 Oktober 1981, Anwar Sadat dibunuh ketika perbarisan ketenteraan oleh ahli tentera yang merupakan sebahagian daripada Jihad Islam Mesir yang menentang perjanjiannya dengan Israel laknatullah dan juga tindakan kejamnya dalam tindakan bulan September.


Inilah tempat pemakaman Anwar Sadat. Ala-ala piramid pun ada. Apa maksudnya tu :)

Lewat petang kami menamatkan ziarah ini dengan melawat Masjid Amru. Masjid ini merupakan masjid pertama yang dibina di Mesir. Masjid ini dibangun oleh Amru bin Ash pada tahun 21 Hijriyah di kota Fustat, Mesir. Bangunan awal masjid ini sudah tidak ada. Para khalifah Bani Umayyah dan Abbasiyah telah memperbaiki dan merawat masjid ini. Para khalifah Bani Fatimiyah juga memberikan perhatian khusus dan melengkapi mesjid dengan karpet, permadani dan lampu-lampu hias.

Saturday, April 17, 2010 at 9:17 PM

Episod 1 : Perjalanan ke Baitullah dan menziarahi Rasulullah

Ini sebuah kisah perjalananku,
Ditemani suami, ma dan mak lang
Mencari redha Allah yang satu..
Mendekati hidayah yang kurasa makin hilang.

17 Mac 2010 : Penerbangan dari Kota Bharu ke Kuala Lumpur ditangguhkan 30 minit. Aku harap, kelewatan ini tidak menandakan sebarang kesusahan pada musafirku yang masih panjang. Di temani mama, abah dan adik2 ku, aku tiba di Lapangan Terbang Sultan Ismail. Sambil menunggu penerbangan yang lewat sampai, kami sempat minum dan berbual-bual bersama Ayah Ngah (bapa saudara suamiku) dan menantunya. Turut bersama kami, keluarga terdekat suamiku.
Penerbangan tiba di KLIA meredah awan mendung. Mendung, tapi tiada hujan, alhamdulillah.....
Selesai solat asar, kami mencari-cari kumpulan umrah ini yang seorang pun belum kami kenali. Nun kelihatan sekumpulan yang memiliki beg yang sama bertulisan `Al-Kawsar Travel’ . Perkenalan singkat itu memberi makna yang dalam, insyaAllah membawa ukhuwah yang berterusan. Namun, yang mengejutkan, seseorang yang suaranya sering kudengar 15 tahun dulu, tazkirahnya yang sering membasahi hati dan kini dialah ketua rombongan kami...Ya Fadhil Ustaz Abdullah Shafie (Ustaz Lah).
Mak lang baru sampai dari Kuala Terengganu. Kami bertemu dan bersama-sama menyempurnakan solat jamak maghrib dan insya’. Kak Long, Kak Ibah, Abang Ikram, sikecil Fatimah, Hanif, Na, Kohid dan Aje menemani kami sementara menunggu Ustaz Yusaini memberikan taklimat terakhir pada jam 10 malam.
Selesai taklimat, kami bersalaman sebagai tanda perpisahan dan memohon doa agar perjalanan ini selamat dan dipermudahkan.

Egypt Air membelah awan...

Friday, April 09, 2010 at 3:51 PM

Alhamdulillah...


Alhamdulillah...
Akhirnya sebuah perjalanan menuju Baitullah dan menziarahi Rasulullah terlaksana dengan mulus.
menziarahimu Ya Rasulullah
mengimbau kembali lembaran sirahmu
betapa sayu hati
betapa cinta itu datang bertubi-tubi
mengetuk pintu jiwa...hiba

Ya Allah, ke Baitullah Mu,
sederap melangkah ke Al-Haram
tergamam melihat sebongkah kiblat
menyentak sebuah iman
yang selama ini menyakini
akhirnya menjadi saksi
dan airmata ini tidak bisa berhenti....

Alhamdulillah
Engkau telah memilih kami
untuk berkunjung ke rumahMU menjadi tetamu
yang telah lama rindu..

Rasulullah, kami akan menziarahimu lagi...


17-31 Mac 2010
Mesir-Madinah-Mekah

Tuesday, April 06, 2010 at 10:40 PM