innalillahiwainnailaihirajiunn...

semalam 9.45 malam telah dijemput ke rahmatullah...seorang hambaNya Ustazah Maznah Zen..tentu tak akan terlupakan senyuman allahyarham ketika aku masih bertatih mengenal nahu dan sorof..masih ingat lagu ummi ya ummi dan addiik.. ketika masih di tingkatan dua SMKAP.
Kelmarin Julai.. ketika menziarahi allahyarham..wajah bersih itu tetap bersama senyuman meski betapa deritanya melalui kemoterapi demi kemoterapi...allahyarhamah lalui dgn tenang dan redho..hening seketika..ustazah pasrah..untuk tidak mengulangi kemoterapi buat kali ketiga...katanya " cukupah 2 set, ustazah redho dah"...aku bersama suami terdiam..melihat tabahnya seorang sosok di depan kami...
Di akhir pamitan ...aku melihat pandangannya tak terlepas meski sedetik..aku dan allahyarham saling merasakan itu adalah pandangan kami yang terakhir di sini....dan itu benar..aku akan terus mrinduimu..ustazah..
Dalam perjalanan pulang, suami mnyapa dalam bening bicara " Tabahnya ustazah..bagaimana kalau kita yang terpaksa menanggung itu semua...rasanya tak tertanggung kita...melihat sahaja pun dah rasa beratnya..."
Tadi menerima berita kematiannya, ada rasa sedih yang mendalam...kerana ini akhir pertemuan kita di sini...ada rasa bahagia yang terlintas, mengetahui ustazah pergi dengan senyuman..mengiringi suami tercinta barangkali yang telah lama ustazah impi....
al-fatihah...semoga kita berkumpul kembali di sana menjadi kekasihNya...amin

======================
aku akan merinduimu dengan sangat...
'waalaikumussalam alhamdulillah nida dah selamat sampai di sana, selamat belajar semoga berjaya dengan cemerlang ustazah doakan nida & banyakkan sabar menghadapi ujian hidup, terima kasih ingat ustazah, ustazah pun ingat nida, wassalam'
sms 31 Julai 2006, allahyarham Ustazah Maznah Zen

Tuesday, September 12, 2006 at 5:49 PM