Saidina Ali ra ketika berkata kepada murid-muridnya: “Apakah akan ku ceritakan kisah Fatimah ra, puteri Rasulullah yang paling disayangi? Murid-muridnya menjawab, “ya”
Beliau lalu bercerita : Fatimah mengisar gandum sendiri, kerja-kerja begini menyebabkan tangan-tangannya kelihatan kasar dipenuhi dengan kulit-kulit keras berkematu. Beliau mengambil air dengan bekas kulit dan membawanya sehingga meninggalkan calar-calar di dadanya. Beliau membersihkan rumahnya sendiri sehingga pakaiannya kotor.
Suatu ketika tawanan2 perang dibawa ke Madinah, Aku pun berkata kepadanya, “Pergilah berjumpa Rasullullah SAW dan pintalah kepadanya seorang ghulam (orang suruhan) agar kerja-kerja harian dirumah dapat dibantu”. Fatimah pun pergi berjumpaRasulullah SAW. Di
Tetapi keesokan harinya Rasulullah SAW datang ke rumah kami dan bertanya, “Fatimah, apakah sebab anakanda datang kepadaku kelmarin?” Beliau berasa malu dan berdiam diri sahaja. Aku pun berkata, “Ya Rasulullah SAW, Fatimah setiap hari melakukan kerja yang berat, akibat dari kerja mengisar dan mengangkut air, tangan dan dada Fatimah menjadi keras berkemutu dan calar-calar. Beliau juga sibuk membersihkan rumah. Ini menyebabkan pakaiannya kotor. Aku memberitahunya ttg orang2 tawanan dan menasihatinya beliau berjumpa tuan untuk meminta seorang ghulam.
Diriwayatkan juga bahawa suatu ketika Fatimah meminta sesuatu kepada Rasulullah SAW, “Aku dan Ali mempunyai hanya satu tempat lapik tidur dan itu pun hanyalah daripada kulit kambing. Pada waktu pagi kami gunakannya untuk mengisi makanan unta”. Mendengar penjelasan itu lalu Rasulullah SAW bersabda: “Wahai Fatimah, sabarlah, Nabi Musa as. dan isterinya mempunyai hanya satu tempat lapik tidur yang dikongsinya bersama. Itu pun hanya jubah Nabi Musa as. Takutlah kepada Allah, burulah taqwa dan tunaikanlah tugasmu kepada Allah dan kerjakanlah urusan rumahtanggamu. Apabila kamu akan ke tempat tidur, bacalah Subhanallah 33x, alhamdulillah 33x dan allahuakbar 33x. Nescaya kamu akan mendapatinya lebih baik daripada khadam”.
Fatimah pun berkata, “Aku gembira dengan apa yang Allah dan RasulNya suka,”
dari buku Wanita Teladan...
*********************************
Fatimah, mendengar kisahmu
terlalu terharu aku
menjadi resah dan gelisah
akan bisakah aku mendampingimu
menatap wajah yang menjadi kesayangan Rasulullah?